PELAWAT KE

Isnin, 16 Julai 2012

Pesanan Buat Pelajar - Pelajar Ku Sayang

Hajat di hati cikgu nak tunjukkan karangan jenis Ucapan kepada kalian.Tapi cikgu tahu teratak mu tak ada pencapaian jalur lebar kecuali yang berhampiran dengan sekolah kita. Lantaran itu cikgu paparkan juga kepada sesiapa yang dapat itu silalah lihat dan baca. Untuk lepaskan hajat.


Ucapan majlis perpisahan murid tahun enam
Yang dihormati,Tuan Pengerusi Majlis,yang berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gual Sitok,yang diraikan murid-murid tahun enam,guru-guru yang dihormati dan dikasihi sekali an.Assalamualaikum dan selama t sejahtera saya ucapkan.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah.Saya berasa amat bangga dan bertuah kerana saya dapat mewakili rakan-rakan untuk berucap.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memilih saya untuk mewakili rakan rakan untuk berucap sempena majlis perpisahan murid murid tahun enam.

Hadirin yang dihormati,

Sebagaimana yang hadirin tahu,majlis ini diadakan untuk meraikan murid murid tahun enam yang akan berpindah ke sekolah menengah atau sekolah berasrama penuh.Sayadan murid murid tahun enam yang lain berasa berat hati untuk meninggalkan sekolah ini.Namun,kami terpaksa meninggalkan sekolah ini.
Saya dan murid murid tahun enam yang lain ingin mengucapkan terima kasih kepada guru guru yang telah mengajar dan mendidik kami hingga berjaya dan cemerlang seperti sekarang.Jasa dan pengorbanan guru guru tidak akan kami lupakan.
Kenangan di sekolah ini tidak akan kami lupakan.Pelbagai suka dan duka telah kami alami di sekolah ini.Saya mewakili murid murid tahun enam yang lain ingin memohon maaf daripada guru guru.Segala teguran dan nasihat guru guru pasti kami sematkan di dada.
Harapan saya semoga rakan rakan yang lain akan terus berusaha dan berjaya .Semoga guru-guru di sekolah ini akan terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami.Jika ada kelapangan,kami akan datang ke sekolah ini lagi untuk menziarahi guru guru di sini.

Saya mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang,boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi
Sekian terima kasih.
 
 
Terima kasih buat adik Nur Atiqah.Hasil karangan kamu dijadikan contoh.
 http://upsr.net

Kawan - Kawan

Apa khabar?,
Semoga semua dalam keadaan sihat di samping keluarga.
Lebih-lebih lagi tugas kalian sebagai pendidik.


Selamat Maju Jaya..
 Wassalam.

Rabu, 20 Jun 2012

Contoh Soalan Tatabahasa

Antara soalan tatabahasa yang sentiasa ditanya.
Sila tekan pautan yang dilampirkan untuk muat turun.

Contoh Soalan Nilai-Nilai Murni dan Pengajaran

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,
Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan dilupa,
Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,
Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.

Isi Cadangan:

- Membelai penuh manja (Kasih sayang)
- Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa)
- Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
- Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih)
- Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran)
- Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)

Simpulan Bahasa


Bahasa Melayu Tahun 5 Part 2


Bahasa Melayu Tahun 5 Part 1